Oleh : AdukaTaruna [1] TGHA muka keras. Tapi pendirian lembut. Contoh dalam kes UG. Kejap tutup kejap buka. TGNA muka lembut. Tapi pendirian keras. "Saya adalah nakhoda" adalah ayat tertinggi kekerasan pendirian yang pernah dipamerkan TGNA sepanjang gua hidup. Dalam 100 tajuk mengenai Anwar pula, 90 gua diam tanda kagum dengan beliau ni. 10 lagi gua lawan sebagai fitrah tidak setuju dalam diri gua. Antara yang paling gua kagum ialah, ketika dia remaja, di zaman Malaysia gelap, satu zaman yang apa sahaja UMNO buat dianggap betul, termasuk membunuh sebuah perkampungan, Anwar tidak takut untuk melawan sehingga di ISA. Cumanya, lepas tu dia masuk UMNO. Ntah apa2 ntah... spoil paling besar dalam sejarah dirinya. Gua pun boleh buat. Buat satu projek yang membuatkan tumpuan UMNO kepada gua, lepas tu, gua masuk UMNO. Kompom mempunyai kekuatan untuk naik dalam UMNO. [2] Semasa Taikun Cina suruh Najib buat judi bola, Najib test market dengan minta Awang Adek buat kenyataan m