Oleh : AdukaTaruna [1] Mutlak itu adalah Allah. Cuma kita bercakap soal asbab. Dan soal kefahaman. Dan juga soal hak gua mengguna kefahaman gua di sebalik kefahaman tipikal yang sedia ada. Sejak awalnya kehamilan isteri gua, gua sedaya upaya menentang apa yang gua tak setuju. Ianya memerlukan seni, dan juga kedegilan. Kerana kefahaman tipikal yang tidak dibuktikan itu datangnya dari sanak keluarga. Bermula soal pantang pemakanan, pucuk paku (makanan bisa sebab namanya bisa), nasi himpit (makanan yang ditekan), nenas, etc. Alhamdulillah, isteri gua memakan apa sahaja yang baik, tanpa kefahaman budaya, dalam kuantiti yang tidak memudaratkan. Perbandingannya, rakan isteri gua yang juga jiran depan rumah, keguguran. Di mana gua percayai, kandungan awal itu tidak mendapat zat yang cukup akibat pantang larang dan fahaman tidak mahu anak besar dalam perut. Walaupun mereka sekeluarga menyalahkan makanan terakhir yang diambil sebelum gugur (pucuk ubi). Apa pun, sekali lagi, gua aku