Oleh : AdukaTaruna Malam pada hari raya pertama, gua menziarahi rumah rakan baik mak mertua gua. Kira gua bawa keluarga mak mertua gua la. Kawan mak gua ni, gua namakan sebagai Untie Lina (bukan nama sebenar). Sampai2, suami Antie Lina turut menyambut kami. Gua namakan sebagai Uncle Din (bukan nama sebenar). Tengah makan sambil bergelak ketawa, sampai satu keluarga. Rakan kepada Uncle Din. Dia kecek luar. Mungkin dari bisikan anak2nya, isterinya perasan gua dan bertanya sama ada gua terlibat dalam kes hina Sultan Johor. Untie Lina mengesahkan. Dan rakan Uncle itu terus berbual dengan gua. Bertanya macam2. Bermula dengan status kes gua. Gua open table la. Dari genetik Melayu. Pecah kepada pantai timur dan pantai barat. Dan terus fokus pada Johor. Temasik, Lee Kuan Yew, air, ruang udara, pemilikan tanah, Mat Indera, UMNO, Malayan Union, etc. Dan paling hot teori gua pasal baka Melayu Johor. Bla bla bla bla.. dayus. Bla bla bla letak tunggul suruh pertahankan pulau2 dan sempadan2