BUTTERWORTH: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan kononnya pihaknya memperdayakan empat daripada 40 ulama yang menyertai UMNO dalam majlis penyerahan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. Sambil menjelaskan bahawa keempat-empatnya bukan ulama seperti dilaporkan , Shahidan yang juga pengelola majlis itu, menegaskan pihaknya tidak pernah menjemput mereka seperti didakwa, sebaliknya mereka hadir untuk bertemu Perdana Menteri. “Mereka dibawa seorang penyokong kuat UMNO yang membawa seorang anaknya serta tiga lagi rakannya yang belajar di Jordan. “Pada mulanya saya menghalang kerana ia majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia ingin turut serta untuk berjumpa Najib , oleh itu saya terpaksa akur,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Seminar Pembangunan Wilayah Koridor Utara (NCER) di sini, semalam. - Berita Hairan Ulama ni bhai.... jangan buat main2.. apasal dia pakai kopiah...