Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Faktor2 tak lepas hadiri demo GMI

Oleh : AdukaTaruna Berikut, gua senaraikan ketegori2 yang gagal hadir demo GMI. Mereka akan ditahan dalam sekatan jalan di setiap laluan masuk KL dan keluar dari satu2 negeri. Faktor : Kereta / van yang dipenuhi oleh lelaki. Kompom kena tahan dan diselongkar siasat. Andai terjumpa baji atau apa2 logo, akan dilengahkan ke balai polis. Penyelesaian : Kalau jenis cerdik, simpan baju atau logo ditempat sukar ditemui. Kalau jenis bodoh macam ulama gen Melayu, jangan bawa langsung. Menyusahkan saja. Takda kerja cari kerja. Dah rugi satu kereta untuk hadiri demo ISA. Beli saja di KL. Melainkan doa lu mustajab. Polis rabun. GMI perlu buat blog khas. Update lokasi sekatan jalan di seluruh negara bermula malam Sabtu. So, peserta boleh rujuk dan rancang perjalanan. Naik bas awam. 100% secara sunnah Allah, ketetapan Allah pada alam ni, akan selamat sampai. Takda masa polis nak tahan bas ekpress. Faktor : Imej. Seperti pakaian, serban, tanda sujud kat dahi, etc. Penyelesaian : Jangan ngengada n

Gua hadir 1 Ogos ni!!

Oleh : AdukaTaruna Gua hadir sebab gua menyampah dengan salahguna ISA, walau gua lebih sokong ISA dipinda atau dimody sket. Susah nak jelaskan skang. Yang penting, bawah BN ni, ISA WAJIB DIHAPUSKAN. Demokrasi kelam-kabut. Sistem huru-hara. Sebab Nik Aziz hadir. Jangan dia kencing gua dah. Ibrahim Ali cabar dan ugut. Perghhh... panas dan bengkek jer hati gua.

Sampel DNA manusia di pakaian Teoh

Jul 29, 09 12:36pm Dua sampel DNA manusia dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam negara untuk membantu inkues kematiannya. Satu sampel DNA "manusia" dikesan di baju kot bekas setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, dan sampel DNA "lelaki" ditemui di tali pinggangnya. Polis menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA. Pihak berwajib sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu. DNA? Ada pergumpalan berlaku atau sekadar tersentuh dalam kehidupan harian?

Utusan mohon maaf padaNik Aziz

Tips hadiri Himpunan Anti ISA

Oleh : AdukaTaruna Orang tua Nik Aziz dikatakan hadir beb. So, kalau gua yang rendah level aktivis ni bersemangat nak turun, apatah lagi yang lain. Gua jangkakan Himpunan Anti ISA sehebat BERSIH dulu. Sentimen TBH bagi kaum Cina tengah hangat plak tu. Untuk itu, gua try turunkan tips2 untuk hadiri demo besar. Kengkonon gua memang kaki demo la nih. Haha. Demo camnih, insyaallah la gua hadir. Demo Anwar liwat kat mahkamah, puak2 bangang jer hadir. Muahaha. Tips perjalanan dari utara. Lu jangan nak jadi bangang sewa bas. Dah la sewa bas ala2 rombongan Cik Kiah, semua lelaki dalam bas tu pakai kopiah plak tu. Memang sah2 IQ tahap Pak Lebai Melayu. Kompom kena tahan dan diarahkan berpatah balik. Kalau medan perang dah mati katak kena bom satu bas. Stupid wo.. ulama jenis Melayu nih. Bodoh piang punya. Alternatifnya, belilah tiket bas awam secara beramai2. Kopiah simpan. Baju ISA pun jangan memandai2 pakai. Naik bas awam. Bersama orang awam yang lain. Jangan guna bas sewa khas. Kalau naik k

Simulasi 1 Ogos.

Oleh : AdukaTaruna Ibrahim Ali ingin kumpul 3000 orang. Mereka akan memilih laluan yang sama dengan Anti-ISA. Nik Aziz ishtihar turut sama. Maybe mengishtihar bertembung dengan Ibrahim Ali. Belajar dari sejarah, UMNO memerlukan duit untuk menghimpunkan 3000 orang. Dan belajar dari sejarah, tanpa agen provokator terlatih seperti SB, UMNO adalah spesis bacul. Tanpa SB - Ibrahim Ali hanya akan berjaya menghimpun 500 orang. Tanpa SB - Pro ISA hanya akan mampu melihat arus rakyat puluh ribu di mana2 restoran. Skang mari melihat dengan bantuan SB. Dengan SB - Ibrahim Ali berjaya menghimpun 3000 orang. Dengan SB - Pro ISA berjaya melakukan sedikit huru-hara pada satu2 kumpulan yang terpisah dengan kumpulan besar. Simulasi contoh. Katakan GMI tidak melarang sepanduk membela keadilan untuk TBH di bawah dalam himpunan anti ISA. Pemuda UMNO mulakan step dengan ishtihar ahlinya dilarang hadir dan tidak akan hadir. Terdapat sekumpulan Cina kecil yang membawa sepanduk atau SB sendiri, yang terpisah

Ronnie Liu & Ean Yong Hian Wah disekat ke luar negara?

Oleh : AdukaTaruna Ini first time gua story sama lu berdasarkan satu sumber yang nyata. Maksud gua, yang life jumpa gua la. Selalu gua dapat email jer. Dan gua sebut sumber email. Sumber gua ni dulu pernah story sama gua yang anak Samy Bellu, Presiden seumur hidup ala2 FAM dan PAS, bunuh sorang wanita. Gua tak tulis sebab tak keluar mana2 berita. Tapi, kat TV3 ada keluar skali ari tu. Tak sangka plak gua. Itu cerita dia la. Kali ni dia datang lagi dengan satu maklumat. Kerja dia memang melayakkan dia tahu bab2 orang besar, cuma dia taraf bawahan jer la. Sumber gua ni mendakwa, Ronnie Lui dan Ean Yong Hian Wah tidak dibenarkan ke luar negara, dan mereka diekori sepanjang masa; menjelang siasatan lengkap sebelum inkues bermula. Itu cerita dia. Tamat. Gua tak tahu la sebab gua punya teori, dia pun turut sama join dengan menambah2 cerita. Sesama la kita tgk nanti. Skang masuk penambahan cerita gua pulak. Adakah pengumuman angka 4-5 jam masa ajal sebelum TBH dijumpai mati akan diishtihar s

SPRM pun guna blog ke?

Sendiri buat blog, sendiri hebah. Ngeee.... ekceli, gua terlalu malas nak ulas bab stupid gen Melayu puak UMNO nih. Jijik dan menjengkelkan. Ari tu, masa SPRM siasat pemilihan UMNO, demo marah SPRM ganggu hak dia. Skang demo sokong SPRM plak. Bodoh tahap apa ntah la genetik mak dan ayah UMNO nih. Spesis paling hina beb. SPRM terima maklumat KUALA LUMPUR 24 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai sebuah laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan seorang Exco kerajaan negeri Selangor yang mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. ‘‘Saya ada dimaklumkan berhubung laman blog itu namun saya belum lagi melihatnya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya hari ini mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratus

Ulama bangsat mustahil mengaku silap.

“Saya lebih kenal siapa dia (bekas isteri). Seorang isteri yang baik tidak akan membuka aib suaminya. Hingga sekarang saya kesal dengan kenyataan yang pernah keluar dari mulutnya. Sekarang ini ialah masa untuk bermuhasabah diri tapi sudah hak dia, itu mulut dia. Ewah2..... si ulama bangsat nih. Kalau tak bini lu buat camtu 10 tahun pun dia tak lepas dari derita. Bangang punya ulama. 2 tahun menderita. Tak balik2. Gantung tak bertali. Media jer la jalannya. Stupid wal idiot punya ulama. Cuba penderitaan keluarga miskin tu tak diheboh2kan kat media, sampai kiamat tak dapat bantuan beb. Bini lu bukan duduk negara maju. Duduk negara dunia ke-3 la bongok. Alahai.... stupid tahap babun la golongan ulama nih.

Nik Aziz turun demo ISA?

Tok Guru Akan Sertai Himpunan Anti ISA..! Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini. TPU - Aku mesti pergi jugak..! Uih! Lu bio betul Topeng Silver. Bukannya sehat orang tua tuh. Kalo Hadi tak sehat pun gua tak setuju gak dia turun. Lagipun Mursyidul Am penjaga dasar, bukan penjaga taktikal + organisasi. Kesihatan pemimpin utama penting ma. Apa2 hal berlaku jahanam serba-serbi. Kalau pemimpin utama dikatakan bijak ambil risiko kematian, lebih baik pengebom berani mati tu pemimpin utama sendiri. Bukan rekrud bawahan. Tapi kalau orang tua turun gak, gua semakin semangat la turun. Gua ada satu cadangan. Nik Aziz guna kerusi roda. Bagi gua tolak kerusi roda tu. Senang gua cilok orang tua tuh ajak shopping ke tangkap gambar ke, sign otograp ke. Salam Kamunting. Memola gua nak tunggu dan lihat. Tapi uma cakap maki selepa

Perkembangan kes bunuh TBH.

Oleh : AdukaTaruna Akhirnya, macam yang gua ramal, UMNO bersetuju tubuhkan Suruhanjaya Diraja. Namun, belum cukup menepati ramalan gua. Sebab Suruhanjaya Diraja itu hanya untuk kaedah soal-siasat SPRM. Bukan untuk kes bunuh. Kes bunuh mereka guna inkues. Ntah menatang apa ntah inkues tu. Siasatan awam. Soalnya mengapa? Ni yang kena kaji nih. Adakah dibimbangi, seandainya, Suruhanjaya Diraja itu untuk kes bunuh, ianya akan membongkar perkara2 yang tidak perlu? Di luar tajuk? Tapi macam gua cakap. Kalau sungguh SPRM yang bunuh, mati hidup balik pun takan tubuh siasatan diraja atau inkues atau apa kejadah tu semua. Mati2 dia akan paksa 1Malaysia percaya kepada gomen dan pulis. Itu pendapat gua la. Skang ni semua on track jer nih. Gua keluar teori sendiri berdasarkan keadaan semasa. Gua tak tahu pulak blogger UMNO pun keluar teori yang sama. Lu nak tuduh gua follow diorang atau tuduh gua blogger UMNO pun gua tak peduli la. Hak lu orang. Ini semua hanya teori. SPRM dibunuh - reject Bunuh d

Pro ISA nak bertembung?

Oleh : AdukaTaruna Pro ISA kacau daun beb. Nak bertembung dengan demo anti ISA. Dun wori la. Stended UMNO punya demo tak ramai mana. Kata jer 3000 tu, tp tak sampai punya. Ramalan gua, paling tinggi pun, siap bas, elaun, etc, pro ISA akan dapat kumpul 500 orang. Kalau Anti ISA kumpul 10 000 orang, 500 ni akan tenggelam. Sebarang provokasi pun tak menjadi. 500 tadi terutama ketua2 mereka akan duduk dalam satu restoran sambil maki-hamun dan tunjuk isyarat lucah dari jauh. Itu yang pertama. Yang kedua, kalau SB digunakan sebagai agen provokasi, kita masuk bab lain. Yakni, himpunan pro ISA perlu melarang sebarang simbol parti dan simbol Teo Beng Hock. Gua tak mahu provokasi tu berjaya. Yakni mencetuskan perkauman. Lagipun, himpunan tu fokus untuk ISA. 1 Ogos, gua try hadir. Adik2 gua semua cuti. Yang sekor cuti seminggu sebab UiTM Penang ditutup. H1N1. So, adik2 gua akan dikerah mengambilalih kerja gua. Ngeh3 seronot jadi abang besar nih... Abang dia akan melancong bersama uma di KL. Paka

Ostad Idris Ahmad ni nak kena flying kick nih.

Ustaz Idris Ahmad Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat. Ekeleeee... ostad sekor nih... nak gua flying kick jer. Nabi Musa pun jumpa Firaun apa. Apsal la piang sgt ulama Melayu ni?

Perkembangan kes bunuh TBH.

Oleh : AdukaTaruna Seperti mana yang gua janji, gua akan folllow kes ni. Tapi stendet la, berdasarkan setakat sumber yang gua capai. Memola skali kita pergi kepada pembolehubah. Pembolehubahnya ialah kerajaan. Dia yang atur skrip. So, apa yang gua tulis ni, juga tertakluk kepada sama ada ini semua adalah skrip gomen atau memang siasatan yang bersih. Apabila pemuda UMNO sokong siasatan Diraja. Kita boleh jangka dan ramal satu2 peristiwa apabila meneliti pembolehubahnya. Dalam kes ini, pemuda UMNO menyokong siasatan diraja. Dengan mengenepikan otak ulama sebodoh Hadi, keyakinan pemuda UMNO untuk penubuhan siasatan diraja adalah satu signal atau petanda bahawa bukan mereka yang membunuh TBH. Yakin. Kenyataan pemuda UMNO dibuat apabila Ketua Polis Negara mengesahkan siasatan sudah mencapai 60% siap. Jika pemuda UMNO sudah yakin bahawa mereka bukan membunuh, dan bersedia disiasat oleh suruhanjaya diraja, bermakna, fokus kita menghala kepada kongsi gelap DAP. Exco Kilang Haram - Ean Yong Hi

Kalau gua K Rajaglokal

Oleh : AdukaTaruna Menjelang pertemuan kedua Man U, dah sah2 Man U tak puas hati akibat maruah dia tercalar ditatap dunia. Stended la, lawan Malaysia ma. Kalah malu, menang pun malu. Kalau menang lawan Malaysia, malu beb. Ala... lawan Malaysia, boleh la. Tu pun nak bangga ke? Lebih kurang camtu la. Tapi kalau kalah, lagi la malu. Seri pun malu. So, kalau gua K Rajaglokal, gua ada 2 pilihan. Turunkan skuad yang lain. Hahaha. Kasi Man U berbulu. Skuad 1st game simpan power la kengkonon. Kasi bebudak bawah 21 lawan Man U. Pengalaman bebudak pun dapat, sakat Man U pun dapat. Target seri 0-0 dengan skuad 1st game. Letak 8 pertahanan dengan 2 stoper ditugaskan follow teknik overlap. Teknik overlap. Katakan Rooney pegang bola skang. Berhadapan dengan satu line pertahanan Malaysia sedikit jauh dari kotak penalty. Ketika 2-3 saat Rooney terhenti berfikir nak lepas, akan ada sekor dua makhluk Man U dari belakang akan lari laju. Bila makhluk tu cecah line pertahanan Malaysia jer, Rooney akan lor

Malaysia vs Man U.

Oleh : AdukaTaruna Memula tahniah la kepada team Malaysia. Wa belum bangga lagi dengan lu orang, tapi gua suka untuk ucap tahniah. Perasan suka gua nak ucap tahniah hilang terus bila tgk muka Sultan Pahang yang tersengeh2. Anak dia ambil hoki terus bertambah jahanam. Gen bebal ma. Orang yang terbukti gagal dipilih untuk bidang yang sama. Stupid beb spesis Melayu ni. Pada gua Man U main dalam keadaan memandang rendah. Bila Rooney gol, perasaan meraikan gol di kalangan mereka macam gua main petang2 setahun dua yang lalu (skang ni gua dah stendet Hadi dah. Boroi ma.) Man U nak lawan balik bermakna dia mengakui dia kalah first game. Tima kasih kepada Indonesia kerana kejadian bom dalam kes ni. So, ramalan gua. Man U 4. Malaysia 0 untuk 2nd game. Kepada Amri, tahniah, dan kekalkan rajin lu, dan sentiasa cool, low profile. Kalau mana2 parti asobiyah nak angkat lu as hero assobiyah, jgn benarkan. Lu kompom jahanam.

Masih bab pembunuhan TBH lagi.

Oleh : AdukaTaruna Skang kita masuk masalah cctv plak. Malaysia negara dunia ke3 beb. Terhantuk baru mengadah punya negara. Dah kena baru terhegeh2 nak buat. Gua jamin, cctv di mana2 dalam Malaysia pun jenis macam tu. Rosak, tidak meluas, etc. Gua percaya cctv hanya berada dalam bangunan SPRM, lif dan tempat parking kereta. SPRM sendiri mengatakan cctv tidak berada di lobi tetamu. Malah kawalan keselamatan pun kompom tahap Melayu punya. Jaga kat dalam pondok dan ronda mengikut kunci yang diletakkan. So, katakan TBH mendapat panggilan dari pembunuh yang dikenalinya. Untuk berjumpa. Sudah tentu pembunuh akan memasuki area bangunan itu tanpa kereta, tanpa lif dan sebagainya. Ataupun TBH sendiri diarahkan keluar oleh orang yang dinekalinya, dan mempunyai kuasa mengarahkannya keluar (Siasat bos dia dan Ronnie Liu). Teori lain. Ada pembaca memberi teori TBH bosan menunggu dan ikut tingkap nak keluar. Dan terjatuh. Kalau TBH nak keluar ikut tingkap bermakna pintu terkunci. Bermakna TBH belum

Undi cara kematian Teo Beng Hock.

Oleh : AdukaTaruna Anda semua harus memiliki keupayaan berfikir sendiri. Jangan biarkan media perdana menetapkan corak fikir anda. Anda tidak boleh bodoh dan lembab seperti ulama Hadi. Undian A : TBH mati membunuh diri. Tidak kira motif, apa saja motif, TBH mati membunuh diri. Undian B : TBH mati akibat kesilapan teknik ugut oleh para pegawai SPRM. (Rujuk teori RPK) Undian C : TBH mati dibunuh pihak tertentu. TBH meminta izin tidur (berlindung) di bangunan SPRM kerana menyedari bahaya. TBH dibunuh di bangunan SPRM oleh orang yang dikenali atau wakil kepada orang yang dia kenali. Kereta TBH masih berada di bangunan SPRM menunjukkan dia berlindung di situ. Tiada kekecohan adengan jerit, lari menunjukkan dia mengenali pembunuh atau wakil pembunuh. TBH diugut dengan pistol untuk mengikuti pembunuh ke lokasi sesuai. TBH dicampak dari ketinggian 4 tingkat berdasarkan keadaan remuk mayat yang tidak keterlaluan. Koyakkan punggung, putuskan talipinggang. Mayat TBH dialih ke lokasi baru untu

Cabaran kepada teori Ronnie Lui pembunuh dibuka.

Oleh : AdukaTaruna Mari bersama attack teori ni sehingga semua dapat melihat kelemahan atau kekuatan teori ini. Wa nak cabar sket teori lu tuh : 1. Asal Ronnie Liu bunuh Teo lps Teo disoalsiasat? Smua info dah ade dlm fail SPRM ma.. Spatut bunuh sblm soalsiasat, baru btol. So pasni Ronnie Liu kena kautim dgn SPRM plak ke? 1. Kalau TBH dibunuh sebelum TBH disoalsiasat, mampos la kantoi beb. Nampak sangat plak. 2. TBH hadir hanya disoal-siasat. Dia tidak perlu bawa dokumen. Dan TBH dijadualkan membawa dokumen selepas diminta hasil soal-siasat. 2. Bangunan SPRM tu mesti penuh dgn CCTV. Kalo btol Ronnie t'libat & smua CCTV tu b'fungsi, wa yakin 1 hari je Polis dah leh trace & tahan dia utk siasatan. Bkn susah sgt pun. Tp kalo dah sminggu Polis msh x tgkap dia, mean dia x t'libat. Unless diorang dah kautim. 1. Takan ayah besar yang hadir bunuh kot. Anak2 dia la. 2. Permintaan TBH untuk tidur di bangunan SPRM adalah petunjuk bahawa dia tahu dirinya dalam bahaya. Teo jatu

Pembunuh Teo Beng Hock diramal.

Oleh : AdukaTaruna Gua sebagai Tok Bomoh dengan ini meramal dengan keyakinan 90%, pembunuh Teo Beng Hock ialah Ronnie Lui. Gua tiada bukti dan ini adalah teori. Setelah gua menganalisa berdasarkan apa yang gua capai, level pertama ialah mencari siapa pembunuh. Dan ini teori yang dikemukakan gua. Seluar koyak dibelakang dan talipinggang putus. Jika TBH mati dalam tahanan, SPRM akan berbuat seperti PDRM buat (mati dalam tahanan PDRM). Dia tidak boleh menyembunyikan mayat dan tidak boleh menyembunyikan identiti seperti Altantuya kerana penahanan TBH diketahui umum. Jadi, andai TBH mati dalam tahanan, dia akan disahkan menghidapi paru2 berair. Bukan terjatuh bangunan. Apatah lagi di bangunan SPRM sendiri. Tidak logik. Adalah tidak logik tahanan diugut dengan menonggengkannya untuk diugut dicampak ke bawah bangunan. Sehinggakan punggung dan talipinggang mangsa putus dan terjatuh ke bawah. Siasatan harus dilakukan di dalam bilik tertutup, bukannya dipamerkan ke pandangan awam dengan menongg

Teori Pembunuhan Teo Beng Hock.

Oleh : AdukaTaruna Teori 1 : Mati dalam soal siasat. Memang adat mana-mana ahli DAP yang ditahan oleh mana-mana penguatkuasa bawah UMNO akan menerima siksa yang lebih. Akibat kesuntukan masa, kepanikan, etc, maka; mangsa dirancang mengalami kemalangan. Peranan BR : Pedulikan PAS yang berpresiden lembab dan bodoh itu. Hanya komuniti bodoh yang melantik panglima zon perang yang bodoh. BR perlu berpadu upkan semula kenyataan pemimpin UMNO yang mendakwa SPRM menyiasat dengan ganas dan kejam beberapa ketika yang lepas. Teori 2 : Mati dalam pergaduhan ketika menunggu pengangkutan pulang. Sebarang pertembungan atau terserempak dengan mana-mana pemuda UMNO (dengan DAP) hanya akan terjadi 1 peristiwa. Yakni pergaduhan. Peristiwa Karpal di parlimen dan DAP di pasar malam Melaka adalah rujukan. Peranan BR : Pedulikan PAS yang berpresiden lembab dan bodoh itu. Hanya komuniti bodoh yang melantik panglima zon perang yang bodoh. Siasat jika ada mana-mana kumpulan pemuda UMNO yang memasuki bangun

Ulama bodoh lembab macam biasa.

Pemimpin KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 10.20 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ, ketika masuk ke dalam hotel. Turut kelihatan Penasihat DAP Lim KIt Siang dan Setiausaha parti itu Lim Guan Eng berhimpun bersama-sama dengan orang ramai. Nak jadi Panglima Zon Perang, tapi lembab dan terkial2. IQ out. Hanya komuniti bangang akan lantik orang bangang untuk tajuk yang salah.

Kisah ulama bengong..

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 ekor ulama Melayu yang baru daftar sebagai mujahidin dalam dunia peperangan Islam di Selatan Thai. Mereka diberi tugas berat. Yakni menghantar bahan letupan ke satu lokasi. 2 ekor ulama itu hanya diberi masa 30 minit. "Ana adalah ulama Al-Azhar, Mesir. Ada MA dalam Syariah. Lulus dengan cemerlang. Ada beberapa anugerah dekan lagik. Jadi, ana layak untuk tugas ini. Syahid atau hidup mulia!!" Jeritnya semangat. "Benar semua. Kami juga mempunyai kelebihan doa mustajab. Cepat makbul. Contoh, kalau makanan panas, kami berdoa jer, makanan akan menjadi sejuk." "Waaaaaa....." Para Mujahidin kagum. Menjelang bertugas, sebiji trak sederhana sampai. Skang turn 2 ekor ulama Melayu Mesir tu bertugas. Bawa trak tu ke lokasi. "Eh... nanti dulu. Stering kete ni belah kanan. Tak macam Mesir. Ini semua kerja Yahudi." "Kenapa pula? Kita tak punya banyak masa." Pemandu trak awal tu mula keliru dan tidak faham. "Takan anta tak

Keputusan di Manek Urai menyebabkan Melayu dalam bahaya.

Oleh : AdukaTaruna Sebaik sahaja Najib mendapat satu kesahihan, 50% Melayu menyokongnya, malah, boleh dikatakan, jika Melayu Kelantan 50% menyokongnya, apatah lagi Melayu lain; maka, gua meramalkan beberapa dasar Melayu akan mula disingkirkan dengan lebih berani oleh Najib. Untuk PRU13, Najib hanya memerlukan 10% sahaja undi bukan Melayu bagi menjamin kemenangan besar BN dan survival politiknya. 50% Melayu + 10% bukan Melayu = BN menang di majority tempat berdasarkan persempadanan semula. Ini Tok Bomoh punya cakap. Bukan ulama bodoh piang punya cakap. Ulama bodoh piang cakap, 50% Melayu + 10% bukan Melayu boleh ditewaskan dengan kerjasama dengan UMNO dan parti2 lain. Nanti semua perjuangan PAS selama ini akan tertunai. Hudud, hiburan, negara Islam. Ini ulama stupid terlampau punya cakap. Musa pun jumpa Firaun. "Kita tolak UMNO bukan kerana nama UMNO. Kita tidak perlu menjadi kafir dengan masuk Yahudi, masuk Kristian. Tapi cukup amalkan politik suku, agama suku." - Ulama bo

Najib puji diri sendiri beb.

SHARM EL-SHEIKH 15 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi Perdana Menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu. Perghh... Najib puji diri sendiri ni beb. Walau 190% cabaran ni tak bersambut, gua tetap nak cabar gak. Gua cabar lu letak Rosmah kempen untuk BN untuk setiap PRK. Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Pengundi muda banyak merantau ma. Selasa kan hari kerja. [Kategori pengundi muda perantau] Pengundi muda boring PRK kerap sangat. Hujung bulan plak tuh. [Kategori pengundi muda yang tak fanatik politik] Pengundi muda genius. Setakat korbankan PRK apa ada hal punya. Janji dapat beberapa keperluan. [Kategori pengundi muda genius] Pengundi muda mahu keterbu

PAS kalah di Manek Urai.

Oleh : AdukaTaruna Sebab gua nak sangat PAS menang, gua takut nak ramal PAS menang tiap kali pilihanraya. Takut kompiden2 kita dimurkai Allah. Tajuk gua la. Tapi pimpinan lain. Dia dalam tajuk perang. Gua diam jer sebut siapa menang, siapa kalah. Walau gua berbulu dengan pemimpin dan ulama PAS Ganu, gua diam gak taim PRK KT dulu. Maksud gua diam meramal la. PAS menang la, yakin la, etc. Janji PAS menang dah la. Kalau bola, seawal seminggu gua dah ramal. Siapa final, siapa menang, jumlah gol, etc. Point 1. Kalau PAS tu parti abah gua. Kalau PAS tu parti abah gua, ala2 parti PKR, gua dah tawarkan kemenangan free kat Kelantan dengan syarat tahanan ISA dibebaskan. Gua dah tulis benda alah ni dulu. N3 tu lu cari la sendiri. Siapa follow blog gua tahu la tuh. Sebab apa? Menang ke kalah ke tak bagi kesan kat DUN Kelantan. So, peluang mencilok demi perjuangan tak semestinya dengan menyertai setiap pilihanraya dan menang. Bijak sket la ma.. Rakyat Kelantan plak dikatakan genius politik. So, pa

Weih... turun weih...

Kalau lu nak jumpa uma, 100% kompom boleh jumpa kalau lu join nih. Kalau lu nak jumpa gua, 50-50 la.. ngeee.. gua penakut ma. Hanya uma mengenal manikam.

Malam misteri Nusantara... (2)

Xenan said... waha..horror gak cita lu ni.Wa cam paham perasaan lu bab kelu nak baca ayat kursi tu.Rasa kelu lidah tekak kering tersekat.Dah habis lega gila. dak wan tu mimpi lu tido n kejut lu ker atau die kejut lu dlm real life? Dak wan tu kejutkan gua dalam mimpi gak. kira 2-2 masuk alam dewataraya la nih. Ngee... penah gak satu perkara berlaku tapi wa rasa cam wa penah mimpi perkara tu sebelum Itu Dejavu la abgensem. Tak pun dejamoss. Gua selalu gak camtu. Adakala sampai boleh teka. Lepas ni cikgu BM masuk kelas. Sesaat dua, cikgu BM masuk kelas. Teori gua ialah takdir2 yang telah diprogram Allah kepada kita. Tu yang kita rasa macam pernah mimpi jer tuh. Member gua lagi advance. Dia cakap tu kehidupan lepas kita. Maybe sebelum ni, kita kucing ke, arnab ke. apa kata suh buang je saka tuh? Susah nur nak buang. Dah berbuih mulut pcik suruh dah. Mcm2 cara nak buang. Tapi tak jalan ma. Pada pcik, manusia ni macam dinding la. Kalau sekali kita dah buat perjanjian dengan golongan jin, b

Malam misteri Nusantara...

Oleh : AdukaTaruna Malam semalam beb. Perggghh... pengalaman gua terbaru. Lillahitaala story nih. Gua bab2 mistik ni dah la naif dan dhaif sekali. Logik akal boleh lah. Dulu gua ada story tentang rumah sewa member gua yang ada gangguan. Gua try tido kengkonon ala2 pencari hantu la, tapi oleh sebab memember blog ni bagi macam2 tips (agaknyalah), aman jer, takda gangguan malam tu. Sampai la malam semalam. Tak sempat story sebab upload N3 Kak Jie jer. Member gua ni adik-badik. Perakian. Kg Ngor. Ada silat dalam2 punya la. Rumah sewa dia la dalam maksud perenggan atas tu. Story bermula bila gua bersama si Wan ni, termasuk owner stall, pergi ke stall member gua. Hantar barang. Dalam kol 1 pagi camtu. Yang member gua si Wan ni, memang ada saka kategori silat2 nih. So, teori gua, salah satu stall yang berada di situ telah dijaga oleh jin, yang disuruh owner la. Teori jer nih. Sebab gua bab2 mistik ni hancai beb. So, bila jin si Wan ni bertembung dengan jin si stall, maka, berlaku lah konflik

Burung misteri Taktibau

Oleh : AdukaTaruna Ni ada satu lagi N3 untuk bebudak yang ngengada nak lahir lambat. Ngeh3. Burung Taktibau. Kak Jie bermurah hati nak tolong lu orang mengkhazanahkan peristiwa lampau. Kak Jie sekelas dengan gua dulu. Masa tu dia ambil Ekonomi Rumah Tangga, gua plak tak hambek. Abah wa cerita, dulu, zaman dia, kalau bulan puasa, waktu berbuka dirujuk kepada sejenis burung. Burung Kattabau katanya. Bunyi dia begitu. Abah wa cakap, burung tu macam anugerah Allah lah. Kesian kat orang dulu2. Mana ada jam. Nak sukat matahari pun sukar sebab hutan. Hujan ke, petir ke, mendung gelap ke, burung tu pasti muncul. Tapi, bila dah ada api (elektrik), dah ada radio, dah ada jam, burung itu sedar tak sedar hilang dengan sendirinya. Cerita abah wa membuatkan wa ingin tahu sangat macamana burung tu. Hitam dan bersaiz seperti burung layang2 abah wa cakap. – N3 gua dedulu.

Barua2 seekor ulama..

Oleh : AdukaTaruna Masalah betul la. Naik pedap gua. Memula sekali gua nak bariskan ranking stupid dalam kekalutan ni. Perwakilan PAS. Paling bangang dalam satu2 permasalahan komuniti ialah komuniti itu sendiri. Allah tak ubah kalau kaum tu bangang nak ubah. Kominiti bangang akan lantik orang bangang. Akan ikut kebiasaan bapak2 mereka yang bangang dan tiada petunjuk. Perwakilan PAS terlalu stupid untuk menilai siapa Nasha. Bersekongkol dalam gelap dengan UMNO, tak nak mengaku, ugut nak saman. Kemudian diishtihar Ahmad Awang, di medium muktamar, memang ada pemimpin tertinggi PAS yang agen UMNO, yang kita tak tahu siapa? Didedahkan apa itu Task Force, dan mengapa Nasha tidak nafi atau saman? Terlalu bodohkah Nik Aziz untuk mengetahui ulama2 barua kepada UMNO dalam jemaah pimpinannya? Mengapa tidak disaman dedahan Task Force oleh blogger terkemuka oleh Nasha? Bangang nak mampos perwakilan PAS ni. Stented Pak Lebai Melayu. Mat Sabu dan Husam. Si mangkuk bangang 2 ekor ni pun satu hal. Ta

Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri

Mohd Sabri Said Sat | Jul 11, 09 | 4:05:54 pm MYT PULAU PINANG, 11 Julai (Hrkh) - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa. "Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu. Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi. Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'. Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlak

Apa yang korang tak pernah tgk..

Oleh : AdukaTaruna Sebab banyak gak bebudak studen yang lahir lambat masuk blog gua, gua dengan eksyennya nak story beberapa benda yang kompom lu tak pernah tgk. Ngeh3... Kedai pintu papan bernombor (baca stail citer Doraemon). Kedai yang lu tgk skang ni guna grill yang roller down tuh. Tarik ke bawah untuk tutup dan tolak ke atas untuk bukak. Memekak bisingnya. Dulu kedai guna papan beb. Papan tu dah ditulis nombor. papan 1, papan 2, papan 3 dan seterusnya bergantung kepada jumlah papan. Nak tutup kedai, kena susun ikut nombor. Kalau tak, tak ngam. Tak boleh tutup kedai plak. Kalau lu buat kelakar curik sekeping papan tu, mahu bunuh diri pekedai tu beb. Haha. Gambar dia lu try la carik kat google. Pasar malam lilin karbait (baca stail citer Doraemon). Dulu mana ada generator ma. Bising dengan manusia satu hal, bising dengan bunyi ekzos generator satu hal. Dulu, masa gua kekecik (masa tu zaminc n uma pakai lampin lagi), pasar malam guna lilin karbait. Karbait pun lu tak pernah tgk, ba

Sesekali teringat...

Oleh : AdukaTaruna Sesekali awal pagi ni gua teringat kes dedulu. Best wo.. syahdu pun ada. Nak tangkap feel, layan lagu ni dulu sebelum baca . Hahaha. Mase kekecik, gua dengan sorang lagi member gua jalan kaki nak g mancing. Pancing pun guna batang lalang. Haha. Masa tu umpan guna umpan yang didoktrin oleh buku2 cerita lah. Yakni cacing. Tak kenal gua rapala ke, dedak ke. Masa gua meredak jalan denai yang kiri dan kanan semak samun, tetiba keluar seorang brader dan halang kitorang. Gua ingat dia Mat Pit la. Tapi time tu tak tahu apa2. Dia bagi gua RM5 dan suruh gua beli tembakau. "Kau cakap jer kat kedai tu tembakau, dia tahu la." Gua pun dengan bengkeknya terpaksa turn balik untuk ke kedai. Sampai kedai kitorang main tikam dan beli eskem patah2. Perghh best woo... RM5 masa gua kecik dulu macam RM500 kot.

Gua ingat Mahathir kencing la...

Oleh : AdukaTaruna Kalau belajar dari sejarah, orang tua kutuk ni seorang yang sangat kuat pada propaganda. Macam2 yang dilakukannya. Licik dan kreatif macam Israel. Dulu, member gua ada bangkitkan, kemusykilan jumlah pengkomen blog Mahathir. Gua inta, gua setuju la. Mahathir ni kaki propaganda. Kaki kencing ma. Isu panas ke, isu sejuk ke, komen hampir seribu. Malah banyak kali cecah seribu lebih. Cam tak logik jer. Baru2 ni dia buat poll la plak. Walau gua pro PPSMI secara tajuk, tapi cam mustahil la sampai 80% sokong PPSMI. Gila betul la orang tua nih. Dia nak dia sorang jer handal dan terer. So, mati2 dia build suasana yang dia tu hebat, popular, betul dan tepat. Sejak takda media nih, dia guna blog dia la. Pengunjung digambarkan ramai, pengkomen digambarkan berduyun2, pendapat digambarkan disokong penuh. Kencing la orang tua ni...

Blog anti Husam didalangi Cikgu Pa?

Oleh : AdukaTaruna AT, stopa memang kaya. kaya lagi dia dari abang dia yang UMNO tu. hutang Haron Din dia yang settlekan. tak mustahil MSO balaci dia. MSO lintah bro. Siapa banyak duit dia himpit. Dulu nak hisap Husam sebab Husam pun kaya gak. aku ingat blog antihusam tu stopa yang handle la.. email gua dapat nih. Gua blogger bebas beb. Hal-hal dalam kain PAS, gua tak tahu langsung. Nak tahu hal-hal dalam kain PAS gua selalu baca malaysiawave. So, yang ni gua siarkan jer la. Gua takda bukti. Member gua ada bagitahu gua yang dia ada maklumat siapa dalang blog antihusam dulu. Katanya orang besar PAS. Tapi dia tak nak story kat gua atas sebab2 tertentu. So, cerita tu sampai di situ jer la. Gua pun respek pendirian dia. Yang ni gua dapat email lepas gua tampal gambar yang manjongmari buat. Gua siar jer la dulu. Ulasan tunggu kalau sahih jer la. Husam bela kickdefella, Cikgu Pa bela MSO. Lantak korang la. Gua takda siapa nak bela ke? Nak gak gua merasa dibela dibelai nih. ngeeeee....

Dah macam kembar seiras gua tgk nih.

Buruk sangka tak baik ma..

Oleh : AdukaTaruna Gua tak peduli. Gua tetap datang dengan teori. Sebab naluri gua kuat sebegitu. Namun, secara pronya, walau gua percaya naluri gua, ianya tidak menjamin kebenaran. So, meh baca, dan fikir2kan. Isnin - Tarikh penting dan wajib gua hadir meeting. Selasa - Kecoh dan meletup isu gua tak hadir. Sekor pun lembaga pengarah tak tahu kenapa gua tak hadir. Ditanya kepada member rapat gua, si uma, uma cakap, stendet la, Najib pun tak hadir. Rabu - Gua g spital. Dan bagitau gua sakit. Gua akan suruh sumber cakap ada pembedahan kecil. Usus tau. Bermakna ceramah kejap jer la. Sebelum kena booo. Kalau pembedahan tekak melampau plak nipu. (Kang buat UMNO baca ni, dan upah 100 orang tukang boo, then kuar mkini, mampos gak ni) Rumusan - Gua tak hadir hari Isnin sebab gua masuk wad hari Rabu. "Apsal anta tak datang Isnin sampai sekor dari kitorang pun tak tau?" "Kan ana masuk wad hari Rabu. Apa la anta nih." Ceh. Tektik think thank UMNO ma. Nak kencing ahli PAS bleh

Hari pelik kat Seremban.

Oleh : AdukaTaruna Selalu tempat gua panas ma. Terik membahang. Tapi tadi sikit lain la. Redup jer. Berangin plak tu. Nak kata mendung nak hujan, cerah beb. Tapi redup berawan la. Pastu bersepah spesis pelik kat tempat gua. India berjanggut banyak kali gua jumpa kat tempat gua ni, tapi orang putih beb. Orang putih berjanggut dan berserban. Ramai plak tu. Ni apa kes la plak ni? Masa gua singgah Asar kat surau area Ampangan, tu dia.... melambak orang berjubah dan berserban. Dengan beg besar, dengan sleeping beg, macam2 spesis gua tgk. Ini tabligh nih. Kalau gua masa zaman kekecik, otomatik gua cabut lari punya. Hahaha. Macam nampak setan. Malas kena tazkir.. "Assalamualaikum.." Gua disapa. Perghhh.... seb baik Melayu. Kena omputih tu yang sapa gua, mampos gua. Kiompom gua terkial2 ala Hadi punya nak jawab English. "Waalaikumussalam. Ni reramai ni, kuar 3 hari ke?" Gua pancing. Ayat pancing beb. "Taklah. Kitorang semua nak g KLIA pukul 6 ni." "OOOOOoooo

Pimpinan jangan ikut stail blogger.

Oleh : AdukaTaruna Gua setuju dengan Cenangau . Benda2 krisis, harus dipulihkan, bukan ditambah siat. Lu pimpinan, buat cara pimpinan. Gua blogger, buat cara blogger. Word malu mata adalah kenyataan stupid. Takda kemahiran diplomasi atau kemahiran mengawal. Gua difahamkan lu jenis 'keng' jugak. Tapi dalam seni berpolitik, mana buleh 'keng' lu diguna sentiasa depan media. Tak buleh ma. Kena bijak. Dalam isu ulama Nasha yang bebal tu ghaib ntah mana, kenyataan Presiden gua letakkan lebih bagus dari Mursyidul Am sendiri, walau gua lebih pro Mursyidul Am dalam krisis ni. Hadi cakap Najib pun tak datang, so, apa masalahnya. Ini kenyataan bijak. Bagi level awam. Tapi kena bidas dengan blogger stendet la. Sebab imej bodoh lu terbina berkurun lama. Blogger bidas Nasha selevel dengan PM dan sebagainya. Itu perkara atas stendet level awam. Bab lain. Tapi yang majority stendet awam dapat dipelihara dari damage dengan kenyataan Presiden. Gua puji dalam kes ini. Benda mudah dah jad
15 jersi Ronaldo dijual tiap seminit MADRID - Cristiano Ronaldo sudahpun memberi impak kepada Real Madrid walaupun belum turun beraksi, apabila 15 helai jersinya dijual tiap seminit di kedai pakaian kelab yang terletak di Stadium Santiago Bernabeu, semalam. Kelab tersebut menjual 2,000 helai jersi bernombor sembilan yang tertera nama bintang Portugal itu dengan setiap satu dijual pada harga 85 euro (RM396). Haha. Kalau fenomena ni terbit kat Malaysia, dah tentu bebudak abanghensem yang paling laju. Ciplak baju. Kalau gua pun, baik gua beli gred A Siam ma dari mahal tahap gaban tu. Kuasa beli gua pun takda ma. Kuang3....

Kuasa beli di tangan Melayu?

Kita faham bahawa kuasa membeli terletak di tangan orang Melayu tetapi biarlah sesuatu iklan itu diambil kira sensitiviti kaum. Bab isu iklan memperlihatkan Melayu bodoh, gua tak nak ulas. Gua nak layan bab kuasa beli. Pada gua kuasa beli terletak kepada 2. Kuasa secara kehendak. Kuasa secara tunai. Kuasa secara kehendak. Dalam tajuk ini, gua asingkan, satu kuasa yang terbentuk hasil kepada kehendak satu2 komuniti, bukan kerana individu. Dalam tajuk ini, Melayu maybe boleh dilabel kuasa membeli. Contohnya, di satu kawasan majority Melayu berbanding Eropah, untuk barang seperti beras, belacan, kuasa beli terletak kepada Melayu. Tapi barangan seperti roti dan keju, Melayu kehilangan penentu kuasa beli. Kuasa secara tunai. Kuasa yang ni kerat telinga disman la beb. Melayu takda ma. Kuasa membeli tajuk ni lebih kepada bangsa Cina. Tu pasal, iklan2 untuk barangan seperti kerusi urut, atau penapis air teknologi tinggi, muncul dalam bahasa Cina dan Inggeris dulu. 2-3 tahun kemudian baru iklan

Gayung menanti bersambut

Pas perlu buktikan UMNO tidak perjuangkan Islam KUALA KRAI 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah. Apo laie? Takan nak suruh Mursyidul Am lagi? Dah ada yang jolok dan tanggung ni. Smash la. Mana Presiden PAS yang lembab tu? Mana Timbalan yang dipilih oleh IQ-IQ perwakilan PAS? Mana? UG kepala serban lu. Bodoh piang punya ulama.

Google perkenal sistem operasi saingan Windows

SUN VALLEY, Idaho 9 Julai - Google Inc. "menyerang" perniagaan teras Microsoft Corp. dengan merancang untuk mengambil alih kuasa perisian Windows yang kini mendominasi sistem operasi bagi keperluan komputer peribadi. Google yang kini sudah menawarkan suit e-mel, Web dan lain-lain produk perisian yang menyaingi Microsoft berkata, pihaknya akan melancarkan sistem operasi yang baru dan percuma yang disasarkan untuk komputer bimbit. Sistem operasi yang dipanggil Google Chrome, perisian baru itu akan dimasukkan ke dalam perisian komputer bimbit untuk pengguna pada separuh kedua tahun depan, kata Google dalam blognya dengan menambah, pihaknya mendapat kerjasama dari beberapa pengeluar. - Reuters

Plan didik anak pompan.

Oleh : AdukaTaruna Gua ingat sobolom gua kawin, gua nak bertapa kat Kak Memot la. Nak tambah sikit ilmu didik anak pompan. Tambah hasil pemerhatian fam gua. Gua ada member. Adik badik dia semua pompan, sorang jer laki. Power2 ma pompan2 tuh. Nak kata corak ortodok, tak plak gua tgk. Akademik semua pro mekanikal. Skor akedamik. Gua ingat gua nak wawancara dia la nantih. Nak ikut Islam? Cakap sonang ma. Umum. Tapi apa detail dia? Nak start ajar pakai tudung umo berapa? Cane nak didik cara dia berhadapan dgn puak lelaki? Cane nak handle alam remaja. Sekolah plak cane? Arghhh... payah ni. Ke gua nak skolah kan dia kat sekolah pompan jer? Kuang3... Tunggu uma buat anak pompan plak la. Gua follow cara dia. Ngeh3....